POLISI PEMULANGAN PRODUK ROSAK

Produk HANYA dibenarkan untuk dipulangkan jika memenuhi syarat berikut: –
  1. Isu kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh syarikat.

  2. Produk rosak (seperti kemek, bocor, pecah dan sebagainya) semasa proses penghantaran, di mana ia mesti dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan syarikat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan, KECUALI:
    (i) Kecacatan produk yang berpunca daripada kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak sesuai oleh pengedar/pelanggan.
    (ii) Produk yang telah tamat tempoh.

  3. Produk yang dipulangkan mestilah dalam bungkusan asal dengan kandungan tidak kurang daripada 80% daripada jumlah asal.

  4. Pulangan wang tunai TIDAK dibenarkan sama sekali.

Hubungi kami

Diilhamkan oleh seorang wanita yang tidak pernah berputus asa dan berikhtiar untuk sembuh walaupun melalui pelbagai dugaan, dengan keazaman beliau mampu bangkit semula, kembali sihat, dan hidup lebih bermakna dengan Cmary.

TERMS & CONDITIONS

PRIVACY POLICY

2025 Cmary Rich Sdn Bhd. All Rights Reserved.