Pengasas &
Peneraju Syarikat

Penjenamaan semula dan produk terbaru, satu solusi lengkap yang menggabungkan penjagaan dalaman serta luaran untuk kecantikan menyeluruh.

Kisah Pengasas – Puan Siti Mariam Ismail (Kak Ct)

Puan Siti Mariam Ismail (Kak Ct) pernah melalui fasa hidup yang sukar apabila menjadi pemegang status OKU fizikal selama hampir 5 tahun akibat kecederaan buku lali yang serius. Akibat tidak disedari lebih awal; urat yang rosak di bahagian buku lali kaki telah menyebabkan tulang rawan di kakinya rosak. Beliau akhirnya menjalani pembedahan 2 kali dan kesannya beliau tidak dapat berjalan sendiri dan perlu menggunakan tongkat.

Namun, dengan izin Allah, pada tahun 2016 setelah 7 bulan mengamalkan supplemen Cmary Gluta Colla Plus, beliau kembali pulih sepenuhnya. Pengalaman ini menyalakan tekad dalam dirinya untuk membantu lebih ramai orang, khususnya wanita, agar dapat mengurangkan masalah kesihatan terutamanya sakit sendi, saraf dan lutut untuk kembali yakin dengan diri sendiri.

Atas semangat itu, pada Ogos 2018, lahirlah produk pertama CMARY GLUTA COLLA PLUS – sebagai ikhtiar kesihatan yang lahir daripada pengalaman peribadi Kak Ct sendiri. Dari satu ujian hidup, tercetuslah tercetuslah Cmary Rich Sdn Bhd. 

“Dari ujian lahirnya kekuatan,
dari kekuatan terciptanya CMARY.”

Terkini, kak CT tampil lebih sihat & cantik. Sentiasa bersemangat dan lebih yakin dgn diri sendiri.

Diilhamkan oleh seorang wanita yang tidak pernah berputus asa dan berikhtiar untuk sembuh walaupun melalui pelbagai dugaan, dengan keazaman beliau mampu bangkit semula, kembali sihat, dan hidup lebih bermakna dengan Cmary.

TERMS & CONDITIONS

PRIVACY POLICY

2025 Cmary Rich Sdn Bhd. All Rights Reserved.